Friday, May 18, 2012

Anak O Anakku..

Salam. Nisah ambil skrip ni dalam video ustaz azhar idrus:

Anak 8 orang masuk dan berjaya. Mak mati, semua anak2 tak pandai nak urus mayat mak. Tak pandai nak sembahyangkn arwah mak? Tak pandai baca yasin?  Apa guna adanya degree, master, phd?? Apa guna..
Bila mak meninggal, siapa yang mandikan mak? Sebaik-baiknya anak arwah itu sendiri. Bayang bila anak sendiri yang mandikan arwah mak, mesti dia belai dengan penuh kelembutan.. Aib mak dia simpan. Kalau orang lain yang mandikan, belum tentu selembut anak sendiri mandikan. Aib mak kita belum tentu mereka simpan.  Siapa pula yang jadi imam untuk sembahyangkan arwah? Sebaik-baiknya ialah anak arwah itu sendiri. Bayangkan bila anak sendiri yang jadi imam, setiap tangisan ketika berdoa itu insyaAllah Allah tak tolak doanya.

DURIAN.. YUMMY..

Tadi jalan-jalan ternampak orang jual durian.. Perhhh, sedapnya.. Durian ini bukan sejenis ja. Ada banyak jenis durian. Antaranya ialah:
Durian Bokor

Durian Ajimah

Durian Hepe

Durian Kamun

Durian Kan Yao

Durian Kradhum Thong

Durian Lambau

Durian Mothong

Durian Lutung

Durian Petruk

Durian Parung

erm, teringinnya nak makan durian.. aromanya mula menusuk hidung, teksturnya yang lembut.. rasa yang unik.. perhhh, memang best la kalau dapat makan. part paling best ialah `kucing tidur'

JODOH : Bila pula giliranku?




Inilah persoalan yang sering bermain di benak jiwa dan minda kita, seorang wanita. Tiada yang dapat memahami isi hati kita, melainkan orang yang pernah melalui pengalamn ini sahaja. Wanita yang berkhawin awal dan bertemu jodoh yang baik, tentu tidak mampu menyelami jiwa seorang wanita yang meningkat usia senja tanpa seorang suami. Jika memahami pun, mungkin sukar merasa.


Lantas,mengapa jodohku masih belum tiba lagi? Mungkin tempoh penantian mendapat jodoh ini ialah tempoh untuk kita mempersiapkan diri kita sebenarnya. Mempersiapkan diri bukan sekadar menjadi isteri yang solehah, tetapi menjadi seorang yang mampu bergantung pada Allah sahaja, ketika berhadapan dengan mehnah. Orang mu`min itu menyakini bahawa tidak ada sesuatu yang terjadi secara kebetulan dan tidak ada tempat pula bagi sesuatu yang datang dengan tiba-tiba. Segala sesuatu pasti ada hikmahnya. Akan tetapi, hikmah itu kadang-kadang tidak terungkap oleh pandangan manusia yang terbatas ini. Semua berlaku adalah dalam genggaman dan kekuasaan Allah dengan ukuran yang ditetapkanNya.


Jangan risau... Jodoh adalah termasuk diantara empat perkara yang telah ditetapkan Allah sejak azali. Setiap hamba-hamba Allah telah dicatatkan baginya siapa jodohnya, bilakah ijabkabul, cara pertemuan, dan bagaimana akhirnya kehidupan itu. 


Pemberian Allah itu tidak semestinya mengikut apa yang kita mahu, tetapi Allah mentakdirkan sesuatu yang terbaik buat kita.

Bersyukurla bagi mereka yang mendapat pasangan yang soleh, dan teruskanlah berdoa bagi yang masih menanti pinangan seorang lelaki.Yakinlah dalam setiap fasa kehidupan kita pasti ada ujiannya.. Dan pastinya Allah akan hanya akan meletakkan kita di situasi itu tepat pada waktu ketikanya.


Stress?? Apa nak buat hah??



Argggh, stressnya.. Banyak assignment nak buat?? Apa yang perlku aku lakukan?? hermmmm......


Ø KETAWA-tiada cara yg paling mudah dan berkesan selain drp ketawa. Ketawa merupakan terapi paling berkesan bagi mengurangkan kesan stres pd diri anda. Malah, ketawa juga membuat hati anda lebih tenang dan lega. Bukan itu sahaja, melihat anda ketawa juga menyenangkan hati org disekeliling anda. Oleh itu, jgn malu utk ketawa atau sekurang2nya senyum.

Ø URUTAN SENDI- kadangkala bebanan kerja yg bnyk membuatkan otot2 badan tegang. M’hadap komputer seharian juga mgkin blh mengakibatkan anda pening. Lakukan sendiri urutan pd sendi2 anda bermula pd titik2 akupuntur, sekitar hidung dan ditepi mata bagi menghilangkan rasa tidak selesa dan letih. Rehat seketika dan urut secara lembut sehingga rasa pening dan tidak selesa hilang.

Ø BERJALAN- tubuh badan yg stress m’buat anda rasa keletihan dan tidak bermaya. Cuba berjalan sekurang2nya selama 10 mnt jika anda rasa tubuh bdn anda tidak bermaya dgn berjalan, anda dpt mengurangkan tekanan pd seluruh bahagian tubuh bdn ketika bekerja.

Ø DOA- ketika anda stress kelenjar adrenalin tubuh anda mengeluarkan bahan kimia yg berfungsi meningkatkan degupan jantung dan tekanan darah serta menurunkan kekebalan tubuh. Doa merupakan satu cara yg lbh berkesan utk menghilangkan stress dan sekaligus dpt mendekatkan diri kpd Allah.

Saturday, May 12, 2012

KAWAN ANDA LEKA MAIN GAME???


Apa yang perlu kita buat bila kawan kita ataupun roomate kita sendiri leka dengan main game sehingga  lupa tanggungjawab pada Allah. Kadang-kadang sakit hati bila lihat perintah Allah permainkan macam mana dia main game. Dia dengan selamba ja tinggal perintah Allah. huh.. Sabar ya, ini jalannya..

Jadi jom baca ni:
1. Kenali dahulu rakan anda dan kenalpasti punca masalah sebenar
2. Kongsikan rakaman audio atau video Youtube ustaz-ustaz tertentu yang menegur tentang keburukan bermain game dan pasang kuat2 ketika dia ada ( teknik tegur secara tak langsung )
3. Slow talk secara personal tentang pembaziran masa akibat bermain game
4. Tulis surat khas untuk menegur perbuatan itu (email pon boleh ) dengan decoration yang mantap beserta hadiah
5. Tulis tentang keburukan main game di blog dan pos di facebook supaya dia terbaca
6. Berikan alternatif, sebab biasanya orang main game tidak tahu hendak buat apa ketika masa lapang. Ajak teman melakukan aktiviti alternatif selalu

Cuba dulu baru tahu. Jangan takut untuk menegur kawan kita. Biarlah dia terasa hati sekejap, yang penting kita tegur ni sebab kita sayang dengan dia.. =)




Followers