Friday, May 18, 2012
JODOH : Bila pula giliranku?
Inilah persoalan yang sering bermain di benak jiwa dan minda kita, seorang wanita. Tiada yang dapat memahami isi hati kita, melainkan orang yang pernah melalui pengalamn ini sahaja. Wanita yang berkhawin awal dan bertemu jodoh yang baik, tentu tidak mampu menyelami jiwa seorang wanita yang meningkat usia senja tanpa seorang suami. Jika memahami pun, mungkin sukar merasa.
Lantas,mengapa jodohku masih belum tiba lagi? Mungkin tempoh penantian mendapat jodoh ini ialah tempoh untuk kita mempersiapkan diri kita sebenarnya. Mempersiapkan diri bukan sekadar menjadi isteri yang solehah, tetapi menjadi seorang yang mampu bergantung pada Allah sahaja, ketika berhadapan dengan mehnah. Orang mu`min itu menyakini bahawa tidak ada sesuatu yang terjadi secara kebetulan dan tidak ada tempat pula bagi sesuatu yang datang dengan tiba-tiba. Segala sesuatu pasti ada hikmahnya. Akan tetapi, hikmah itu kadang-kadang tidak terungkap oleh pandangan manusia yang terbatas ini. Semua berlaku adalah dalam genggaman dan kekuasaan Allah dengan ukuran yang ditetapkanNya.
Jangan risau... Jodoh adalah termasuk diantara empat perkara yang telah ditetapkan Allah sejak azali. Setiap hamba-hamba Allah telah dicatatkan baginya siapa jodohnya, bilakah ijabkabul, cara pertemuan, dan bagaimana akhirnya kehidupan itu.
Pemberian Allah itu tidak semestinya mengikut apa yang kita mahu, tetapi Allah mentakdirkan sesuatu yang terbaik buat kita.
Bersyukurla bagi mereka yang mendapat pasangan yang soleh, dan teruskanlah berdoa bagi yang masih menanti pinangan seorang lelaki.Yakinlah dalam setiap fasa kehidupan kita pasti ada ujiannya.. Dan pastinya Allah akan hanya akan meletakkan kita di situasi itu tepat pada waktu ketikanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment