Salam. Nisah ambil skrip ni dalam video ustaz azhar idrus:
Anak 8 orang masuk dan berjaya. Mak mati, semua anak2 tak pandai nak urus mayat mak. Tak pandai nak sembahyangkn arwah mak? Tak pandai baca yasin? Apa guna adanya degree, master, phd?? Apa guna..
Bila mak meninggal, siapa yang mandikan mak? Sebaik-baiknya anak arwah itu sendiri. Bayang bila anak sendiri yang mandikan arwah mak, mesti dia belai dengan penuh kelembutan.. Aib mak dia simpan. Kalau orang lain yang mandikan, belum tentu selembut anak sendiri mandikan. Aib mak kita belum tentu mereka simpan. Siapa pula yang jadi imam untuk sembahyangkan arwah? Sebaik-baiknya ialah anak arwah itu sendiri. Bayangkan bila anak sendiri yang jadi imam, setiap tangisan ketika berdoa itu insyaAllah Allah tak tolak doanya.
Siapa pula yang akan bawa masuk mak ke liang lahad? Sebaik-baiknya anak sendiri. bila anak sendiri yang buat, dia akan bawa masuk mak ke liang lahad dengan penuh berhati-hati. taburkan tanah perlahan-lahan, dia bersungguh-sungguh nak bagi mak dia tidur.
Tanya diri kita, kita nak jadi anak yang macam mana? Bila mak meninggal, semuanya serahkan ke tok imam, ataupun anak2 yang uruskan jenazah sendiri. Anak yang mengenang jasa ibu bapa ialah anak yang memberi manfaat setelah ibu bapa meninggal. Kita belajar jauh2, luar negara tapi ilmu agama kurang.. Nabi berkata:
Orang yang bijak orang yang lihat kekurangan diri dan dia bersedia dengan amalan2 untuk menolong dia selepas dia mati.
Tak salah belajar ilmu dunia, yang salah ialah apabila kita tinggal ilmu agama. ilmu dunia bagi kesenangan didunia, ilmu agama untuk kesenangan didunia dan akhirat.
Masih belum terlambat untuk kita belajar ilmu ini. Nabi tak pernah ajar kita terlambat. Andai ada benih dalam tangan, maka tanam la walaupun esok kiamat.

.jpg)
No comments:
Post a Comment