Salam all. Apa yang perlu ada dalam video korporat ini. Merujuk kepada 2 buah video yang ditayangkan oleh Cik Azzwan iaitu Dari Kacamata Pelajar dan Video Korporat UKM, dapat disimpulkan bahawa dalam mencipta video korporat, perlulah memberitahu tentang kelebihan dan kebaikan sesuatu perkara itu. Walaupun ada juga keburukan dan kelemahannya. Tujuan video korporat ialah untuk memperkenalkan dan menarik minat orang ramai terhadap sesuatu perkara. Apa yang ditunjukkan dalam video Dari Kaca Mata Pelajar, semua elemen yang dimasukkan menunjukkan kebaikan dan kelebihan yang terdapat di UKM. Ini untuk nama baik UKM juga disamping melahirkan pelajar yang pandai membuat video.
Kemudian dalam video ke-2 iaiti Video Korporat UKM.. Video ini menekankan penyampaian maklumat melalui tulisan tanpa suara. Gabungan gambar-gambar dan susunan ayat yang menarik telah menjadikan video ini seronok untuk di tonton. Dalam berkomunikasi, kita boleh berkomunikasi secara lisan ataupun bukan lisan. Jadi dalam video ini, kemahiran dalam komunikasi bukan lisan dapat ditingkatkan..
Saturday, April 28, 2012
Friday, April 27, 2012
PoKoK PoKoK =)
Hadis Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:
Mana- mana orang islam yang menanam pokok tidak kiralah pokok kecil ke pokok besar, sebarang benda yang keluar daripadanya dikira sedekah. Burung hinggap atas dahan dikira sedekah, binatang buas makan buah darinya dikira sedekah. Kita yang berteduh dibawah bayangnya pon sedekah.
Sedekah ini merupakan duit antarabangsa. Kita bukan nak pada duit tempatan ataupun duit asing. Kita perlu jugak ada duit untuk akhirat. Duit ini kita tak panggil duit, tetapi kita panggil pahala. Sebagaimana kita perlukan duit tempatan ataupun duit asing ini, kita juga perlukan pahala. Apabila kita masuk kubur, tak kira kaya ataupun miskin, kita takkan guna duit kita mahupun yang tempatan ataupun asing. Kita cuma guna pahala. Satu cara nak dapat pahala ialah dengan menanam pokok di tepi rumah ataupun secara besar-besaran. Selain daripada kita dapat hasil dari tanaman ini, semua manusia dan haiwan yang dapat manfaat daripada tanaman ini, kita juga dapat pahala. tak payah jual, kita dapat pahala. ini merupakan rangsangan islam supaya kita dapat hidup dengan perintah Allah s.w.t.. Kita tanam mesti datang dari sumber yang halal. Kita sebagai penanam, kita kena ikut perintah Allah. Menanam adalah ibadah. Ibadah tak semestinya solat. Ibadah adalah merendah diri pada Allah..
Satu Masalah yang timbul di seluruh dunia islam, yang ditimbulkan oleh musuh-musuh islam adalah mengasingkan hidup dengan peraturan Allah.
Itu sahaja yang dapat nisah kongsikan untuk anda semua..
JOM TANAM POKOK...=)
CATATAN HATI INSAN YANG KITA KENALI
Salam semua. Hari ini nisah nak kongsikan kisah seorang doktor perubatan iaitu Prof Dr Muhaya Binti Haji Muhammad. Nisah cukup kagum dengan beliau. Nisah akan kongsikan mengenai kata-kata hikmah yang sempat nisah salin semasa menonton video tentangnya.
Selepas mendengar kata-kata beliau, hati aku terpaut untuk menjadi doktor. Namun sekarang aku di bidang yang jauh berbeza. Tidak apa, biarlah anak-anak aku pula yang jadi doktor suatu hari nanti insyaAllah. Beliau mengatakan:
Selepas mendengar kata-kata beliau, hati aku terpaut untuk menjadi doktor. Namun sekarang aku di bidang yang jauh berbeza. Tidak apa, biarlah anak-anak aku pula yang jadi doktor suatu hari nanti insyaAllah. Beliau mengatakan:
- Kerja doktor merupakan kerja yang mulia dunia akhirat
- Sesiapa yang menziarah pesakit, 70000 malaikat akan mendoakan untuknya
- Doktor ialah orang yang dapat mengkaji ciptaan Allah, namun jika masih ada doktor yang tak pandai mensyukuri ciptaan Allah, sesungguhnya dia ini seorang yang buta hati
- Doktor perlu menjadikan bidang perubatan ini sebagai satu jihad, niat untuk menyampaikan dan menyelesaikan masalah orang
- InsyaAllah, orang yang positif, murah hati, baik akan berjaya dalam hidup
Beliau berkata lagi:
- Kehidupan kita merupakan hasil pilihan hidup kita sendiri. Jangan mengejar CITA-CITA tetapi kejarlah MAKNA kerana cita-cita adalah pandangan manusia tetapi Makna adalah pandangan Allah. Jika kita mengejar penghargaan orang, belum tentu kita dapat keredhaan Allah. Namun jika kita kejar akhirat, keredhaan Allah kita dapat dan penghargaan akan kejar kita.
- Kita kena tegas dalam mendidik demi kemashalatan.
- Apa pun kerja kita kat dunia ini, jangan niat untuk menunjuk tetapi niat lah untuk memberi manfaat pada orang lain.
- Cara untuk mengetahui kualiti hidup kita, lihatlah dengan siapa kita berkawan kerana di Padang Masyar nanti kita akan bersama dengan orang yang bersama dengan kita didunia ini.
- Mempunyai hobi yang tidak mendekatkan diri pada Allah adalah sangat merugikan kerana jika kita mengejar dunia, dunia menghina kita. Tetapi, apabila kita mengejar akhirat, dunia kejar kita.
Lagi kata-kata manis daripada beliau:
- Jadikan diri kita bebas penghargaan daripada orang lain, tapi berusahalah unutk mendapat keredhaan Allah
- Kalau kita bergantung pada pangkat, harta benda, semua itu tak kekal. Kalau kita bersandar pada tiang, kita takut tiang itu jatuh. Tetapi, kalau kita bersandar pada Allah, Allah sentiasa ada
Beliau mengakhiri cerita beliau dengan suatu kata yang nisah cukup kagum..
Ya Allah, kalau aku sudah tidak bermanfaat didunia ini, ambil la nyawaku. Tetapi selagi aku bermanfaat didunia ini, Kau panjangkanlah umurku agar aku dapat memberi manfaat sepenuhnya kepada orang lain. Kerana Allah sayang orang yang bermanfaat..
SUBHANALLAH... indah sungguh ciptaan MU ini ya Allah..
Wednesday, April 25, 2012
MAK, ENGKAULAH RATU HATIKU...
Assalamualaikum mak. Syah nak ucapakan jutaan terima kasih
kerana mak telah banyak berkorban untuk syah. Syah ingat lagi masa nak raya..
Mak banyak buat persiapan.. Mak la buat rendang,
mak la buat ketupat, mak la buat nasi himpit dan mak la buat macam2 lagi..
Semua ni mak buat untuk anak-anak n suami mak.. Pada pagi raya tu, mak kurang
sihat. Mak hanya mampu terlantar di atas katil dek keletihan membuat persiapan
raya.. Mak mampu kah syah mencari pengganti mu tika mak sudah tiada.. Tidak
mak, mak tiada penggantinya.Mak, syah minta maaf kerana tidak banyak membantu
mak didapur ketika itu..
Sekarang syah dah masuk universiti. Syah tahu mak rasa
bangga dengan anak-anak mak. Tapi syah ingat lagi mak selalu menangis dalam
solat kerana masalah yang datang dari anak-anak mak juga. Mak tak tunjukkan
kesedihan mak dihadapan anak-anak mak.. Hanya Allah tahu betapa sedihnya mak
masa tu. Mak sekali lagi syah minta maaf atas setiap air mata mak yang mengalir
disebabkan syah itu.. Sebelum aku cuti , mak selalu telefon aku di universiti. Tanya
kak syah nak makan pa balik nanti? Dek ikut nafsu ku ni, aku pon beritahu mak
macam-macam aku nak makan.. Bila aku balik rumah ja, setiap hari mak akan masak
masakan permintaan aku masa kat universiti. Hari pertama mak buat laksa, hari
kedua mak buat asam pedas, hari ketiga mak buat pulut kuning, hari keempat mak
belikan sate.. Hari kelima,mak tanya lagi dengan muka yang penuh dengan kasih
sayang, kak syah nak makan pa lagi? Syah tahu mak nak penuhi kemahuan anak mak
ni.. Mak tak pernah fikirkan kepenatan n keletihan mak tu.. cukuplah mak , cukuplah..
Syah tak sanggup nak minta apa-apa lagi dari mak. Syah cuma nak mak sentiasa
berada disisi syah. Ya ALLAH, kau panjangkanlah umur emak ku ini. Berilah aku
kesempatan untuk masak untuk dia pula suatu hari nanti. Berilah aku kesempatan
untuk menyuapkan nasi ke emak tak kala emak sedang sakit. Berilah aku
kesempatan untuk lakukan benda yang sama seperti apa yang mak dah lakukan pada
ku walaupun tak terbalas semua jasa mak itu.
Ya Allah, kau maha mengetahui apa yang mak aku inginkan. Mak
aku teringin sangat nak tunaikan haji di Makkah. Mak selalu tengok solat
tarawih di Mekah masa bulan ramadhan yang lepas.. Aku boleh nampak mak begitu
teringin sekali nak pergi ke Mekah.. Ya Allah, kau permudahkan urusan mak aku,
kau murah kan rezeki dia, kau panjangkanlah umur mak aku. Jangan Kau ambil
nyawa emak aku sebelum dia sempat menunaikan haji di Mekah.
Mak, dari syah kecil sampailah syah besar, suapan nasi dari
mak la yang paling sedap di dunia ini.. Tidak ada orang yang mampu tandingi
kesedapan suapan nasi dari mak itu. Biarlah apa orang nak kata, walaupun di
hadapan orang ramai, syah tetap nak mak suapkan syah nasi.. Mak, hidup di dunia
ini tak kekal lama, syah nak maanfaatkan masa ini bersama-sama dengan mak. Tapi,
dek keperluan hidup yang perlukan syah untuk menuntut ilmu, syah terpaksa
berjauhan dengan mak. Xpa ya mak.. Syah tahu mak sentiasa doakan kejayaan syah
disini.. Terima kasih mak..
Mak, terlalu banyak jasamu kepadaku.. Terima kasih untuk
segalanya. Syah akan berusaha bersungguh-sungguh supaya syah akan dapat kerja
yang elok, pendapatan yang elok juga supaya syah dapat bawa mak ke Mekah. Itu la
harapan syah. Ya Allah kau kabulkan la doa ku ini..
MAK... SYAH SAYANG MAK..
Tuesday, April 24, 2012
EH, LELAKI PON BOLEH GUNA LA!!!
Salam semua.. Ok tajuk nisah kali ini lain sikit. Ha, jangan sangka hanya perempuan sahaja yang boleh guna pad herba ini, lelaki pon boleh tau.. Jom kita tengok apa kelebihan produk ini..
KELEBIHAN PANTILINER, DAY USE DAN NIGHT USE PAD

PANTILINER
- Untuk kegunaan harian merawat masalah dalaman wanita dan mencegah risiko kanser.
- Menyerap cairan,lendir dengan efektif dan mengeluarkan keputihan.
- Memberi keselesaan,rasa segar,bersih dan berkeyakinan terutama mereka yang aktif.
- Sesuai untuk semua golongan wanita, lelaki,kanak-kanak,bayi dan wanita menopause.
- mengurangkan bau yang kurang menyenangkan terutama ketika haid.
- merawat sengugut dan masalah dalaman wanita.
- alternatif rawatan untuk wanita yang sukar hamil.
- sakit kepala atau migrain - basahkan permukaan pad dengan sedikit air tampal dikepala atau dalam anak tudung atau dalam helmet.
- sakit pinggang - basahkan permukaan pad dengan sedikit air tampal dipinggang atau pakai diseluar dalam.
- demam panas - basahkan permukaan pad dengan sedikit air tampal di dahi,untuk bayi tampal dalam baju didada dan belakang.
- sakit lutut,tapak kaki,tumit,sendi - basahkan permukaan pad dengan sedikit air tampal di tempat yang sakit.
- kembung perut - basahkan permukaan pad dengan sedikit air tampal dipusat.
- demam kuning - basahkan permukaan pad dengan sedikit air tampal di ari-ari.
- kencing tak lawas - pakai pada seluar dalam.
- selsema,resdung - hidu 15 minit tampal di hidung (tak perlu basahkan).
- luka, kudis,lebam,bisul - balut di tempat yang sakit.
- kurap,ruam,kulit gatal - gosok ditempat yang sakit.
- menghilangkan bau yang kurang enak seperti dalam peti sejuk,bonet kereta,dll - tampal 2-3 keping.
- menguatkan zakar lelaki - pakai diseluar dalam.

DAY USE PAD
- Diperkayakan dengan gel untuk penyerapan berdalir yang lebih kuat dan penyimpanan.
- Rekaan unik bagi mengelakkan kebocoran tepi lekok panjang, untuk penegahan kebocoran yang efektif, selamat dan dipercayai.
- Dapat merawat masalah buasir.angin pasang lelaki.
- Sebagai antiseptik -menyembuhkan luka bersalin.
- Menguatkan peranakan dan mengecutkan rahim.
- Menghindar dari meroyan atau bentan.
NIGHT USE PAD
- Amat sesuai untuk ibu yang baru melahirkan anakkerana kandungan herba mampu memulihkan sistem peranakan & mencuci darah beku yang terdapat didalam peranakan.
- Pengawalan punggung yang lebih panjang dan luas, rekaan unik berbentuk kapas bahagian belakang dan tepi bagi pencegahan kebocoran lekuk panjang untuk pencengahan kebocoran yang efektif serta penyediaan secukupnya alas tutup, selamat dan dipercayai.
KEGUNAAN LAIN :
- Untuk aliran banyak gunakan pad bungkusan merah kerana ia panjang 35cm.
- Daya serapan yang tinggi dan lapisan tahan tembus.
- Dapat merawat masalah buasir serta angin pasang lelaki.
- Sebagai antiseptik -menyembuhkan luka bersalin.
- Menguatkan dan mengecutkan rahim.
- Menghindar dari meroyan atau bentan.
KENAPA nisah kata lelaki boleh guna? Tengok la fungsinya itu. Sakit kepala, sakit lutut, buasir, jerawat pon boleh pakai.
Tip nisah:
Nisah sudah 3 tahun pakai produk ini. Dulu muka nisah penuh dengan jerawat. Nisah guna pad yang warna biru. Nisah ambil jelinya dan letakkan sedikit air dan sapukan pada wajah. Alhamdulillah jerawat nisah beransur hilang hinggalah sekarang. Cubalah..
Kakak nisah sering alami sakit kepala. Jadi dia guna pantiliner letakkan sedikit air dan letakkan atas dahi dia..Alhamdulillah beransur hilang..
Lagi satu produk ini insyaAllah boleh mencegah dari kanser rahim dan buah dada.. Jangan ambil mudah ya..
Tepuk dada tanya la diri anda.. Mencegah lebih baik dari mengubati.
Monday, April 23, 2012
DAH SOLAT BELUM????
DAH SOLAT BELUM??
Ha, siapa yang tinggal solat?? Ramai diantara kita sudah tahu bahawa besar dosanya kalau meninggalkan solat tapi ada juga yang masih meninggalkan solat. Kenapa? Bagaimana untuk atasi masalah ini ? INGATLAH, Barang siapa yang meninggalkan solat fardhu, seksanya umpama:
SUBUH:
Allah akan mencampakkannya kedalam api neraka jahanam selama 60 tahun.
ZOHOR:
Dosanya umpama membunuh 1000 orang islam
ASAR:
Dosanya seperti meruntuhkan kaabah
MAGHRIB:
Dosanya seperti berzina dengan ibu atau bapanya sendiri
ISYAK:
Allah berseru kepada mereka: Hai orang ya ng meninggalkan solat isyak, bahawa aku tidak lagi redha engkau tinggal dibumi-Ku dan mengunakan nikmat-nikmat-Ku.`Segala gerak gerinya seperti pakai, makan tidur adalah berdosa kepada Allah..
Baca ni memang mengerunkan bukan? Jadi kalau lah terdetik dalam hati kita tu nak tinggal solat, ingatlah lima perkara ni. Datangkan rasa ketakutan pada Allah.. Anggaplah itu la solat yang terakhir yang kita dapat buat. So, buat la bersungguh-sungguh..
Selamat beribadah ya kawan-kawan. =)
Monday, April 16, 2012
Wanita Perhiasan Dunia
Apa ciri-ciri wanita solehah ini ya?? Haa, jom kita baca sama-sama.. Nisah harap semua wanita diluar sana termasuklah nisah, semoga kita sama-sama mengikhlaskan diri dalam menjadi wanita solehah.. insyaAllah
1. Wanita yang menjadikan Al-Quran dan Al Hadist sebagai sumber hukum dalam mengatur seluruh aspek kehidupannya
2. Wanita yang Ibadahnya baik dan memiliki akhlak serta budi pekerti yang mulia. Tidak hobi berdusta, bergunjing dan ria
3. Wanita yang Berbuat baik dan berbakti kepada orangtuanya. Ia senantiasa mendoakan orangtuanya, menghormati mereka, menjaga dan melindungi keduanya
4. Ia taat kepada suaminya.Menjaga harta suaminya, mendidik anak-anaknya dengan kehidupan yang Islami. Jika dilihat menyenangkan, bila dipandang menyejukkan dan menentramkan bila berada didekatnya. Hati akan tenang bila meninggalkannya pergi. Ia melayani suaminya dengan baik, berhias hanya untuk suaminya, pandai membangkitkan gairah dan memotivasi suaminya untuk berjuang membela agama Allah
5. Ia tidak bermewah-mewah dengan dunia, tawadhu, bersikap sederhana. Kesabarannya luar biasa atas janji-janji Allah, ia tidak berhenti belajar untuk bekal hidupnya nanti
6. Ia bermanfaat dilingkungannya. Pengabdiannya epada masyarakat dan agama sangat besar. Ia menghadap kepada Allah dengan kedua tangan dan lisannya yang lembut, hatinya yang bersih, akalnya yang cerdas dan dengan hartanya
7 Ia Berusaha menjadikan potensi yang ada pada dirinya sebagai sumber penghasilan yang dapat membantu perekonomian keluarga minimal untuk berinfaq,bersadaqah dan berzakat
8. Ia Senantiasa mengingatkan suaminya agar mencari nafkah dengan cara yang halal,tidak menipu dan korupsi
9. Ia menjadi orang yang bermanfaat disekelilingnya. Menjadi contoh dan tauladan bagi orang-orang yang mengenalnya
10. Ia pandai mengelola keuangan keluarga dengan berinvestasi yang aman menguntungkan
Selamat Beramal ya kawan-kawan..=)
Monday, April 9, 2012
Span Cheese Cake
Salam semua.. Hari ni masa terluang nisah habiskan dengan buat cheese cake.. Alhamdulillah dah habis.. Family nisah dengan cheese cake memang tak boleh dilepaskan.. hakhak.. Ok, gambar ni diambil lama dulu.. cheese cake hari ni punya x sempat nak ambil gambar la..tapi rupa dia sama ja.. cheese cake ni simple sangat.. nah resepinya.. Cuba ya nanti.. InsyaAllah jadi.. Terima kasih jugak diucapkan kepada Hana`s Family kerana sediakan resepi ni.. nisah nak turunkan kepada anda semua pula..
Bahan A :
- 250 gram krim cheese ( cap Anchor, ada di pasaran insyaAllah)
- 50 gram butter
- 100 ml susu segar( nisah bancuh sendiri ja guna susu ducth lady tu)
- 6 biji telur merah
- 1 sdb jus lemon( nisah guna serbuk lemon cap knor ja)
- 1 sdk garam ( nisah x letak pon )
- 60 gram tepung gandum
- 20 gram tepung jagung
Bahan B :
- 140 gram gula halus
- 6 biji telur putih
- 1 sdk jus lemon ( pakai serbuk pon ok)
Cara-caranya:
- Cairkan krim cheese, butter n susu di atas api..
- Setelah bahan2 cair sepenuhnya, biarkan sejuk dulu.
- Setelah bahan campuran sejuk, masukkan telur KUNING dan bahan A yang lain. kacau sebati
- Pukul telur PUTIH di dalam bekas yang lain sehingga berbuih.. masukkan gula n serbuk lemon... pukul lagi sehingga bertanduk.
- Apabila kedua2 bahan A & B selesai diadunkan.. Satukan bahan A & B tadi..
- Kacau sebati
- Masukkan adunan dalam loyang yang digris( nisah sapu butter ja, x letak kertas pon.. lekang juga kek tu tadi)
- Bakar guna konsep waterbath sehingga bahagian tepi ke tanggal dari loyang tu.. dalam 1 jam.
Subscribe to:
Comments (Atom)









