Salam all. Apa yang perlu ada dalam video korporat ini. Merujuk kepada 2 buah video yang ditayangkan oleh Cik Azzwan iaitu Dari Kacamata Pelajar dan Video Korporat UKM, dapat disimpulkan bahawa dalam mencipta video korporat, perlulah memberitahu tentang kelebihan dan kebaikan sesuatu perkara itu. Walaupun ada juga keburukan dan kelemahannya. Tujuan video korporat ialah untuk memperkenalkan dan menarik minat orang ramai terhadap sesuatu perkara. Apa yang ditunjukkan dalam video Dari Kaca Mata Pelajar, semua elemen yang dimasukkan menunjukkan kebaikan dan kelebihan yang terdapat di UKM. Ini untuk nama baik UKM juga disamping melahirkan pelajar yang pandai membuat video.
Kemudian dalam video ke-2 iaiti Video Korporat UKM.. Video ini menekankan penyampaian maklumat melalui tulisan tanpa suara. Gabungan gambar-gambar dan susunan ayat yang menarik telah menjadikan video ini seronok untuk di tonton. Dalam berkomunikasi, kita boleh berkomunikasi secara lisan ataupun bukan lisan. Jadi dalam video ini, kemahiran dalam komunikasi bukan lisan dapat ditingkatkan..
No comments:
Post a Comment