Assalamualaikum mak. Syah nak ucapakan jutaan terima kasih
kerana mak telah banyak berkorban untuk syah. Syah ingat lagi masa nak raya..
Mak banyak buat persiapan.. Mak la buat rendang,
mak la buat ketupat, mak la buat nasi himpit dan mak la buat macam2 lagi..
Semua ni mak buat untuk anak-anak n suami mak.. Pada pagi raya tu, mak kurang
sihat. Mak hanya mampu terlantar di atas katil dek keletihan membuat persiapan
raya.. Mak mampu kah syah mencari pengganti mu tika mak sudah tiada.. Tidak
mak, mak tiada penggantinya.Mak, syah minta maaf kerana tidak banyak membantu
mak didapur ketika itu..
Sekarang syah dah masuk universiti. Syah tahu mak rasa
bangga dengan anak-anak mak. Tapi syah ingat lagi mak selalu menangis dalam
solat kerana masalah yang datang dari anak-anak mak juga. Mak tak tunjukkan
kesedihan mak dihadapan anak-anak mak.. Hanya Allah tahu betapa sedihnya mak
masa tu. Mak sekali lagi syah minta maaf atas setiap air mata mak yang mengalir
disebabkan syah itu.. Sebelum aku cuti , mak selalu telefon aku di universiti. Tanya
kak syah nak makan pa balik nanti? Dek ikut nafsu ku ni, aku pon beritahu mak
macam-macam aku nak makan.. Bila aku balik rumah ja, setiap hari mak akan masak
masakan permintaan aku masa kat universiti. Hari pertama mak buat laksa, hari
kedua mak buat asam pedas, hari ketiga mak buat pulut kuning, hari keempat mak
belikan sate.. Hari kelima,mak tanya lagi dengan muka yang penuh dengan kasih
sayang, kak syah nak makan pa lagi? Syah tahu mak nak penuhi kemahuan anak mak
ni.. Mak tak pernah fikirkan kepenatan n keletihan mak tu.. cukuplah mak , cukuplah..
Syah tak sanggup nak minta apa-apa lagi dari mak. Syah cuma nak mak sentiasa
berada disisi syah. Ya ALLAH, kau panjangkanlah umur emak ku ini. Berilah aku
kesempatan untuk masak untuk dia pula suatu hari nanti. Berilah aku kesempatan
untuk menyuapkan nasi ke emak tak kala emak sedang sakit. Berilah aku
kesempatan untuk lakukan benda yang sama seperti apa yang mak dah lakukan pada
ku walaupun tak terbalas semua jasa mak itu.
Ya Allah, kau maha mengetahui apa yang mak aku inginkan. Mak
aku teringin sangat nak tunaikan haji di Makkah. Mak selalu tengok solat
tarawih di Mekah masa bulan ramadhan yang lepas.. Aku boleh nampak mak begitu
teringin sekali nak pergi ke Mekah.. Ya Allah, kau permudahkan urusan mak aku,
kau murah kan rezeki dia, kau panjangkanlah umur mak aku. Jangan Kau ambil
nyawa emak aku sebelum dia sempat menunaikan haji di Mekah.
Mak, dari syah kecil sampailah syah besar, suapan nasi dari
mak la yang paling sedap di dunia ini.. Tidak ada orang yang mampu tandingi
kesedapan suapan nasi dari mak itu. Biarlah apa orang nak kata, walaupun di
hadapan orang ramai, syah tetap nak mak suapkan syah nasi.. Mak, hidup di dunia
ini tak kekal lama, syah nak maanfaatkan masa ini bersama-sama dengan mak. Tapi,
dek keperluan hidup yang perlukan syah untuk menuntut ilmu, syah terpaksa
berjauhan dengan mak. Xpa ya mak.. Syah tahu mak sentiasa doakan kejayaan syah
disini.. Terima kasih mak..
Mak, terlalu banyak jasamu kepadaku.. Terima kasih untuk
segalanya. Syah akan berusaha bersungguh-sungguh supaya syah akan dapat kerja
yang elok, pendapatan yang elok juga supaya syah dapat bawa mak ke Mekah. Itu la
harapan syah. Ya Allah kau kabulkan la doa ku ini..
MAK... SYAH SAYANG MAK..
No comments:
Post a Comment