Friday, April 27, 2012

PoKoK PoKoK =)



Pokok?? Apa kebaikan tanam pokok ini?? Semua ini nisah petik dari kata-kata Tok Guru Nik Aziz.

Hadis Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: 
  Mana- mana orang islam yang menanam pokok tidak kiralah pokok kecil ke pokok besar, sebarang benda yang keluar daripadanya dikira sedekah. Burung hinggap atas dahan dikira sedekah, binatang buas makan buah darinya dikira sedekah. Kita yang berteduh dibawah bayangnya pon sedekah. 

Sedekah ini merupakan duit antarabangsa. Kita bukan nak pada duit tempatan ataupun duit asing. Kita perlu jugak ada duit untuk akhirat. Duit ini kita tak panggil duit, tetapi kita panggil pahala. Sebagaimana kita perlukan duit tempatan ataupun duit asing ini, kita juga perlukan pahala. Apabila kita masuk kubur, tak kira kaya ataupun miskin, kita takkan guna duit kita mahupun yang tempatan ataupun asing. Kita cuma guna pahala. Satu cara nak dapat pahala ialah dengan menanam pokok di tepi rumah ataupun secara besar-besaran. Selain daripada kita dapat hasil dari tanaman ini, semua manusia dan haiwan yang dapat manfaat daripada tanaman ini, kita juga dapat pahala. tak payah jual, kita dapat pahala. ini merupakan rangsangan islam supaya kita dapat hidup dengan perintah Allah s.w.t.. Kita tanam mesti datang dari sumber yang halal. Kita sebagai penanam, kita kena ikut perintah Allah. Menanam adalah ibadah. Ibadah tak semestinya solat. Ibadah adalah merendah diri pada Allah..

Satu Masalah yang timbul di seluruh dunia islam, yang ditimbulkan oleh musuh-musuh islam adalah mengasingkan hidup dengan peraturan Allah.

Itu sahaja yang dapat nisah kongsikan untuk anda semua.. 

JOM TANAM POKOK...=)

No comments:

Post a Comment

Followers