Selepas mendengar kata-kata beliau, hati aku terpaut untuk menjadi doktor. Namun sekarang aku di bidang yang jauh berbeza. Tidak apa, biarlah anak-anak aku pula yang jadi doktor suatu hari nanti insyaAllah. Beliau mengatakan:
- Kerja doktor merupakan kerja yang mulia dunia akhirat
- Sesiapa yang menziarah pesakit, 70000 malaikat akan mendoakan untuknya
- Doktor ialah orang yang dapat mengkaji ciptaan Allah, namun jika masih ada doktor yang tak pandai mensyukuri ciptaan Allah, sesungguhnya dia ini seorang yang buta hati
- Doktor perlu menjadikan bidang perubatan ini sebagai satu jihad, niat untuk menyampaikan dan menyelesaikan masalah orang
- InsyaAllah, orang yang positif, murah hati, baik akan berjaya dalam hidup
Beliau berkata lagi:
- Kehidupan kita merupakan hasil pilihan hidup kita sendiri. Jangan mengejar CITA-CITA tetapi kejarlah MAKNA kerana cita-cita adalah pandangan manusia tetapi Makna adalah pandangan Allah. Jika kita mengejar penghargaan orang, belum tentu kita dapat keredhaan Allah. Namun jika kita kejar akhirat, keredhaan Allah kita dapat dan penghargaan akan kejar kita.
- Kita kena tegas dalam mendidik demi kemashalatan.
- Apa pun kerja kita kat dunia ini, jangan niat untuk menunjuk tetapi niat lah untuk memberi manfaat pada orang lain.
- Cara untuk mengetahui kualiti hidup kita, lihatlah dengan siapa kita berkawan kerana di Padang Masyar nanti kita akan bersama dengan orang yang bersama dengan kita didunia ini.
- Mempunyai hobi yang tidak mendekatkan diri pada Allah adalah sangat merugikan kerana jika kita mengejar dunia, dunia menghina kita. Tetapi, apabila kita mengejar akhirat, dunia kejar kita.
Lagi kata-kata manis daripada beliau:
- Jadikan diri kita bebas penghargaan daripada orang lain, tapi berusahalah unutk mendapat keredhaan Allah
- Kalau kita bergantung pada pangkat, harta benda, semua itu tak kekal. Kalau kita bersandar pada tiang, kita takut tiang itu jatuh. Tetapi, kalau kita bersandar pada Allah, Allah sentiasa ada
Beliau mengakhiri cerita beliau dengan suatu kata yang nisah cukup kagum..
Ya Allah, kalau aku sudah tidak bermanfaat didunia ini, ambil la nyawaku. Tetapi selagi aku bermanfaat didunia ini, Kau panjangkanlah umurku agar aku dapat memberi manfaat sepenuhnya kepada orang lain. Kerana Allah sayang orang yang bermanfaat..
SUBHANALLAH... indah sungguh ciptaan MU ini ya Allah..



No comments:
Post a Comment