Saturday, May 12, 2012

KAWAN ANDA LEKA MAIN GAME???


Apa yang perlu kita buat bila kawan kita ataupun roomate kita sendiri leka dengan main game sehingga  lupa tanggungjawab pada Allah. Kadang-kadang sakit hati bila lihat perintah Allah permainkan macam mana dia main game. Dia dengan selamba ja tinggal perintah Allah. huh.. Sabar ya, ini jalannya..

Jadi jom baca ni:
1. Kenali dahulu rakan anda dan kenalpasti punca masalah sebenar
2. Kongsikan rakaman audio atau video Youtube ustaz-ustaz tertentu yang menegur tentang keburukan bermain game dan pasang kuat2 ketika dia ada ( teknik tegur secara tak langsung )
3. Slow talk secara personal tentang pembaziran masa akibat bermain game
4. Tulis surat khas untuk menegur perbuatan itu (email pon boleh ) dengan decoration yang mantap beserta hadiah
5. Tulis tentang keburukan main game di blog dan pos di facebook supaya dia terbaca
6. Berikan alternatif, sebab biasanya orang main game tidak tahu hendak buat apa ketika masa lapang. Ajak teman melakukan aktiviti alternatif selalu

Cuba dulu baru tahu. Jangan takut untuk menegur kawan kita. Biarlah dia terasa hati sekejap, yang penting kita tegur ni sebab kita sayang dengan dia.. =)




3 comments:

  1. Replies
    1. fadhil, satu ja nisah nak cakap. cuba ganti main game dengan baca tafsir quran. nisah tau nisah ni bukan perfect sgt nk tegur fadhil.. tp Allah berfirman:
      syaitan dan manusia banyak masuk neraka kerna dia tidak menggunakan hatinya untuk memahami ayat2 Allah.. Fadhil, kita x tau bila kita mati. entah mati tengah main game. minx dijauhkan ya. al-quran la yang akan teman kita dalam kubur nnti bukan game.Allah akan menyayangi hambaNya seperti mana kita menyanyangiNya.. insyaAllah. sekian.. maaf kalau nisah terkasar bahasa..

      Delete
  2. mu tu laki.. biarlah laki yang jalankan tggingjawab. melainkan mu tu suami kita.. biarlah nisah bimbing yang pompuan dulu setakat ni..k

    ReplyDelete

Followers